PENERBITAN

Dasar Keselamatan ICT JPJ (DKICT JPJ)

Dasar Keselamatan ICT JPJ (DKICT JPJ) diwujudkan untuk menjamin kesinambungan penyampaian perkhidmatan JPJ dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. Objektif utama Keselamatan ICT JPJ ialah seperti berikut:

a) Memastikan kelancaran perkhidmatan JPJ dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan;

b) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan

c) Mencegah salah guna atau kecurian aset ICT Kerajaan.

Tags
dasar keselamatan dkict
Sebelum