Kenderaan

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan sekiranya wakil pemilik berdaftar hadir bagi tujuan sambungan perakuan pendaftaran kenderaan?

Perakuan pendaftaran kenderaan asal sahaja.


Apakah maksud salinan perakuan pendaftaran kenderaan?

Perakuan pendaftaran kenderaan bermaksud perakuan pendaftaran kenderaan asal telah tiada atas sebab-sebab berikut:-

  • hilang : tiada dalam kawalan dan simpanan yang disebabkan oleh keciciran, kecurian dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian; atau

  • binasa : tiada dalam kawalan dan simpanan yang disebabkan oleh kebakaran dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian; atau

  • rosak : ada dalam kawalan dan simpanan tetapi maklumat-maklumat kenderaan motor gagal dibaca dengan sempurna disebabkan oleh kejadian reput, terbakar, pudar dan lain-lain sebab yang membawa maksud sedemikian.

Perakuan Pendaftaran kenderaan baru yang dikeluarkan oleh jpj dinamakan sebagai salinan perakuan pendaftaran kenderaan.


Apakah Maksud Sambungan Perakuan Pendaftaran Kenderaan ?

Sambungan Perakuan Pendaftaran Kenderaan bermaksud Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal masih ada tetapi tidak dapat dibuat cetakan dalam ruangan bayaran kerana telah penuh. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal akan diambil semula oleh JPJ dan Perakuan Pendaftaran Kenderaan baru yang dikeluarkan oleh JPJ dinamakan sebagai Sambungan Perakuan Pendaftaran Kenderaan.


Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya lkm kenderaan tidak diperbaharui melebihi dari setahun?

Sekiranya lkm kenderaan tidak diperbaharui melebihi dari setahun, kenderaan perlu dibawa ke puspakom bagi mendapatkan laporan pemeriksaan kenderaan (b2). selepas itu, pemillik/wakil perlu hadir ke pejabat jpj bersama-sama dengan laporan b2, perakuan pendaftaran kenderaan asal dan bayaran yang secukupnya bagi tujuan pembaharuan lkm.


Bilakah sambungan perakuan pendaftaran boleh dilakukan?

Bila-bila masa. Selalunya apabila hendak melakukan sebarang transaksi seperti bayaran lkm, pertukaran milikan dan sebagainya dan petugas kaunter mendapati ruangan bayaran telah pun penuh.


Bolehkah kenderaan motor didaftarkan jika nombor casis telah diganggu?

Tidak boleh kerana menurut Seksyen 10 APJ 1987 iaitu permohonan untuk pendaftaran menyatakan bahawa tiada suatu pun kenderaan motor boleh didaftarkan kecuali kenderaan itu mempunyai nombor enjin dan casis yang terang, jelas dan tidak terusik.


Bolehkah pembaharuan lkm dibayar lebih awal dari tarikh tamat lkm?

Pembaharuan lkm dibenarkan dua bulan lebih awal dari tarikh tamat lkm.


Bolehkah wakil bagi pemilik berdaftar kenderaan hadir ke pejabat jpj bagi tujuan sambungan perakuan pendaftaran kenderaan?

Sepertimana membayar lkm, wakil dibolehkan hadir bagi pemilik berdaftar bagi tujuan sambungan perakuan pendaftaran kenderaan.


LKM saya telah luput tempoh, namun saya perlu ke puspakom bagi tujuan pemeriksaan kenderaan. tolong nasihati saya.

Pemilik berdaftar/wakil perlu membuat permohonan permit perjalanan sementara di pejabat jpj dengan syarat insurans elektronik telah dimasukkan dalam sistem komputer jpj. tiada bayaran dikenakan bagi permit perjalanan sementara.