Fungsi Bahagian Khidmat Pengurusan

  1. Mengurus dan menyelaras  aspek pengurusan sumber manusia dari segi pengambilan, perlantikan, pengesahan tarikh lantikan/jawatan, gaji dan elaun-elaun, penamatan perkhidmatan, persaraan, perjawatan dan HRMIS
  2. Merancang serta menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, kebersihan, keselamatan pejabat, kesihatan dan keselamatan pekerja, perjanjian penyewaan pejabat, Majlis-Majlis/ Acara-Acara/ Seminar-Seminar Rasmi Kerajaan yang melibatkan Jabatan, pengurusan kenderaan Jabatan, pengurusan rekod Jabatan;
  3. Melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat melibatkan pegawai gunasama dan pegawai bukan gunasama, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), menyelaras penganjuran Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang peringkat Jabatan, mengurus pencalonan penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri serta pengiktirafan lain serta mengurus pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi pegawai berprestasi rendah di peringkat Jabatan; dan
  4. Merancang dan melaksanakan Dasar Latihan Jabatan, Pengukuhan Latihan Kerjaya, Program-Program Latihan serta pengurusan permohonan penganjuran kursus dalam perkhidmatan, menyelaras peperiksaan jabatan dan mengadakan aktiviti AKRAB Jabatan dan klinik psikologi.
  5.