Fungsi Bahagian Hasil

  1. Merancang, menyelaras dan mengawalselia semua aktiviti mengakaun hasil jabatan:
    • - Ibu Pejabat dan Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
    • - Agen Pemungut seperti Pos Malaysia Berhad dan eKhidmat.
    • - Agensi Luar seperti PUSPAKOM Sdn. Bhd. dan Jabatan Pendaftaran Negara (IJPN).
  2. Merancang dan melaksanakan pemantauan berterusan ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri dan Cawangan, Agen Pemungut dan Syarikat Konsesi PUSPAKOM Sdn. Bhd. bagi memastikan kepatuhan kepada prosedur, perjanjian, Arahan Jabatan dan Pekeliling berkaitan.
  3. Merancang penambahbaikan berterusan dalam usaha mempelbagaikan saluran terimaan melalui Kaunter, Portal, Kiosk, Perbankan Internet, Sistem Tukar Milik Sementara dan Sistem ePayment eDaftar.